Friday, December 05, 2008

Unplanned Trip To Brunei (Well we planned for it :P)

Last week aku amik cuti tahun aku yg tertinggal selama 3 hari.. start dari rabu 26/11 sampai 28/11. Aku bercuti tu utk trip kitorang (family) ke labuan dan brunei... So pagi rabu tu dalam kol 4:30 a.m dak wan hantar aku ke LCCT.. aku suh hantar awal sebab nanti aku sempat nak breakfast bagai.. so sampai je kat LCCT baru kol 5 pagi.. tengok kat board belum tiba masa nak check-in.. so aku pon tunggu la sambil sambil layan main fifa street2 (game psp hana aku kidnap hahahahaha).. tepat kol 6:02 a.m aku dah boleh checkin.. amik ko ubat orang dah ramai beratur dulu.. cis cis dan double cis burger... selesai je checkin aku gi beli breakfast kat McD sebab aku nyer boarding kol 7:05 a.m... settle semua aku pon naik flight... tak sampai 5 minit lepas takeoff aku terus tidur.. hahaha ngantuk gilosh.. sedar sedar dah kol 8:30 a.m.. belom sampai lagi adeh.. aku sambung tidor.. boring betul naik flight sorang sorang takde gang nak berborak... aku patutnya sampai ke labuan kol 10:25 a.m tapi di sebabkan kemachoan pilot aku pagi tu aku sampai 20 minit awal... sampai je labuan dah settle semua.... bermula la misi aku di labuan...

sampai sampai je abg ipar aku yg dok labuan bawak gi tengok kete (kengkonon nak carik kete baru wakakakakaka) dalam sejam setengah kat situ.. sampaikan biras aku abg man siap terkena jangkitan minat kete baru.. diorang berkenan ngan toyota alphard 2.4(A) memang cantik dan kemas interior dan exterior kete tu...

lepas tu kitorang gi pasar philipine, gang gang wanita nak mencari subinier dari labuan plak.. aku yg baru sampai tadi pon lenjan sekali berjalan.. so far aku takde beli apa apa lagi.... tepat jam 3:30 p.m kitorang semua berkemas dan berangkat ke feri.. sebab kitorang dah plan nak ke brunei naik feri... feri bertolak kol 4:00 p.m entah apasal perjalanan 45 minit ari tu jadi 1jam 35 minit.. ramai gak kaum kaum yg mabuk laut dah muntah muntah hehehe.. seb baik aku takde sindrom mabuk laut/udara...

sampai je brunei.. kitorang berangkat ke hotel.. lepak lepak.. aku terkejut sebab kol 6 petang dah macam 7 malam kat KL.. so lepas dinner kitorang jenjalan.. tak nak buang masa.. first agenda.. bersuka ria di jerudong park.. taman tema ala ala sunway lagoon.. tapi dry park jer... puas la dari kol 9 p.m sampai kol 12 a.m kitorang kat situ.. macam macam game ada tapi tak sempat nak rayau plan nak gi situ lagi...

esoknya khamis.. pepagi lagi lepas sarapan kitorang bergerak.. destinasi pertama kitorang singgah ke muzium sultan hassanal bolkiah.. pergh kagum aku ngan isi kandungan muzium tu.. walaupon tak sebesar muzium negara tapi seronok la aku tengok hadiah hadiah dari orang kenamaan serata bumi kasi kat mamat sultan ni... dan aku berbangga sebab sultan hassanal bolkiah pernah menang penembak terbaik dalam kejohanan kadet tahunan masa dia form 2.. p/s: dia ni budak VI gak cam aku hehehe nak nak budak PKBM infantri :)

lepas dari muzium kitorang berjalan ke salah satu shopping complex kat bandar seri begawan.. rupa dah macam pertama kompleks aku tengok.. sambil jalan sambil cari subinier dari brunei.. kitorang lunch kat situ.. ada ke budak jual nasi kat situ tak percaya aku orang KL.. hampagas betul... settle jer semua.. kitorang gi singgah masjid kubah emas.. apa ke nama masjid tu aku lupa.. panggey kubah emas sebab kumah nyer warna emas.. kot dia buat salut emas pon aku tak tau sebab tak sampai nak tengok hehehe...

malam tu kononnya nak ke jerudong park lagi.. tapi kansel sebab hujan lebat sampai ke pagi... so jumaat pagi kitorang gi lagi jalan jalan cari subinier... sampai la kol 12:30 kitorang ke feri utk balik ke labuan semula... kali ni cepat lak feri ni dah macam speedbot sebab dalam 1jam kitorang dah sampai.. sempat la aku layan citer horror omputih kejap....

jumaat tu takde mende sangat kitorang buat.. just pergi jalan jalan.. aku sempat la gi window shopping pastu gi main boling ngan anak anak sedara aku hahaha....

ok la malas nak citer secara detail lagi.. aku nak letak gambar gambar yg aku rasa menarik utk aku letak :)




The Dad (yang amat kacak bergaya lagi poyo)






The Mom (yang sweet dan manja dan garang)







The Daughter (yang brutal comel tembam dan ganas)






The Son (yang cunning comel serta lasak cam tarzan)





Future Model? :P




Lastly the crowd (hehehe)

Glamorous Wedding In Alai

Salam semua... well dah lama tak update blog ni rasanya.. this update will tell you the story of my wife's cousin marrying adlin's step sister...

All of this pictures was taken in Alai, my wife beloved hometown. First time aku jumpa artis yg boleh di bawak sembang panjang apa tak nya diorang host utk wedding tu.. ekekeke...

pengantin perempuan tu anak bongsu kepada artis veteran kita Ruminah Sidek aka Mak Mah. sepanjang wedding.. ada la artis artis veteran yg datang.. yg aku perasan and kenal ialah mak kepada hairie othman ala yg jadi oni dalam citer ezora tu... hehehehe..

masa kat klang.. aku tak sempat jumpa emilda.. tapi masa kat alai aku pon tak dapat jumpa (sebab aku kena kerja hehehehe)

ok la seperti biasa aku tak suka berceloteh panjang.. meh aku letak gambar gambar yg aku rasa nak letak :P



Budak tembun tengah makan nasi




The couple




The Actor




The Actress




Aksi posing bersama imelda oleh ibu :D




The Actor and Actress

Wednesday, November 05, 2008

Gambar Gambar Di Bulan Oktober

hullo... rasanya lama dah tak update blog aku nih.. sibuk aaa takde masa aku nak update... boring gak aku masuk tengok gambar sama jer... takde citer lain...

oh well aku citer la pasal minggu minggu terakhir di bulan Syawal...

tak banyak benda aku buat lately kecuali kerja kerja kerja... apa tak nya.. nanti aku nak amik cuti panjang.. so kena la siapkan segala kerja yg ada...

since last week Syawal tu jatuh pada minggu cuti deepavali.. aku dan famili aku plan balik melaka gi beraya kat sana.... so sabtu pagi pagi lagi aku dah hantar mak aku ke stesen bas sek17 shah alam.. dia nak jengah rumah kat gopeng... ye la aku sekarang ajak mak aku dok ngan aku.. sebab aku risau pasal dia sorang sorang kat kampung.. and lagi satu mintak tolong tengok anak aku yg suka menarzankan diri tu...

so weekend tu.. kitorang gi rumah bisuaman aka laki noral aka mohd rizal aman.. mamat ni member aku masa belajar kat MMU dulu... dari kitorang start english course kat kolej negeri sampai la abeh belajar.. once a while memang kitorang akan jumpa.. samada tak sengaja atau sengaja..

not bad la buat gath pot luck kat rumah dia.. even tak ramai yg muncul akibat masalah masalah kerajaan negeri.. still meriah gak.. aku sampai rumah bisu dah dekat kol 4:30 p.m. masa tu ada bisu and noral, iym sekeluarga and tipah (aka azman minha).. nama yg aku sebut tu ex-ITTM 95 :)

lepas tu gedebak gedebuk dalam kol 5:30 p.m baru la ramai yg sampai.. wak kamree ada arip atan ada amin jaleel ada muna (ex-roomate aku kat taiping) yusran pon datang nyinggah siap sempat kutuk sawang kat rumah bisu.. tu tak mai rumah aku lagi tu hehehehe... pastu karim (nama sebenar imran hazimin) ada.. giant and engku ada dan yg paling glemer ensem pon ada gak hehehe...

then dalam kol 6:30 p.m aku gerak balik melaka... sampai melaka.. terus layan bola hehehehe... esoknya kitorang gi la beraya plak kat melaka.. sempat la melawat 2-3 rumah.. malas nak jalan jejauh sebab kebetulan aku on call minggu tu...

ok la boring gak citer benda benda ni.. tak sudah ngan makan punya.. aku nak letak lak gambar gambar kitorang yg agak latest.. :)



Gambar gambar kakak







Gambar gambar adik yg tarzan






gambar gambar ayah yg poyo




Ok la sekian..

oh tak lupa

Quote of the day:
A E H G A B ---> buah! (hana mengeja)

Monday, October 06, 2008

Mari Menuju Ke Gopeng

Pagi raya kedua.. tak banyak aktiviti kitorang buat.. kecuali aku ngan wife aku sibuk berkemas.. sebab kami nak bertolak ke perak pulak tengaharinya...

kemas punya kemas.. siap makan tengahari.. singgah umah makcik makcik yg dekat.. dalam kol 245 petang aku bertolak ke perak... dalam kol 3 petang aku masuk highway PLUS menuju ke utara... kemudian aku singgah di restoren jejantas ayer keroh.. hajat di hati nak carik t-shirt utk wife aku tapi takde yg berkenan di hati..

kemudian kitorang teruskan perjalanan hingga la dalam kol 545 petang aku berhenti di tanjung malim.. anak aku nak membuang plak.. hehe last last sampai ipoh (umah cousin aku) dalam kol 715 malam...

malam tu aku jadi tukang masak.. hehe tolong panggang daging kambing/sosej/daging ayam...

cousin aku buat open house malam tu...




Hana Pose Dengan Kak Miza Sebelum Bertolak




Farhan Ngamuk Nak tidur




Kakak Dan Ibu




Kroohhh Krrohh Krrrohhh sedapnya tidur




Farhan Terkujat Tengok Flash Camera

Di Pagi Syawal Yang Mendung

salam sejahtera semua... tengah rancak menhupdatekan akunye blog aku update lagi.. tapi aku malas nak bercerita panjang panjang... cukup la aku kata aku gi semayang raya ngan biras aku kat masjid kampung alai.. semayang raya start kol 830 pagi.. lepas selesai semua.. dalam kol 9 pagi kitorang dah ada kat rumah... pastu sementara tunggu mak mertua aku balik... kitorang semua memulakan sesi bergambar hehehe :)



Farhan in Baju Melayu Merah




Farhana in Baju Kurung Merah




Farhan Bersongkok.. Kelakar plak aku nengok anak aku sorang nih




Susu Raya Buat Farhan :)




Ayah Diye, Ibu Diye, Diye, Adik Diye (Intonasi dhurah cousin hana)




Nek Munah dan sebahagian cucu cucunya




Kalut sebelum bergambar hehehe




Nenek Munah dan Sebahagian Anak Anak dan Menantunya (nombor 2 nombor 4 tiada dalam gambar)




Siapa Tembam? Pipi Ibu ke Adik?




Ke esokan harinya kami bergerak ke utara aka kampung aku di gopeng perak :)

Aktiviti Di Malam Raya

Malam raya di kampung memang meriah dengan aktiviti aktiviti akhirat mahupun duniawi.. aku tak terlepas dengan kedua dua aktiviti tersebut.. cewah ayat gila skema... macam nak terkesima pon ada gak hehehe..

malam tu la aku memeriahkan majlis dengan letupan mercun 100 das yg abg ipar aku bawak balik ari tu...

malam tu jugak hana first time ikut takbir raya walaupon dalam lingkungan 15 buah rumah takbir tu makan masa 5 jam jugak.. hana yg memula ngadu penat la malas la ikut aku join takbir sampai la ke rumah mak mertua aku (yg last) kol 230 pagi hehe...

ok la ni la dia aktiviti aku...



Ni la rupa mercun 100das sebelum di letupkan




Hasilnya di udara




Rupa di dasar mercun hehehe




Hana Main Bungapi I




Hana Main Bungapi II





Hana Tersadai Di Riba Ayah setelah Bertakbir selama 5 jam




Hana Excited dapat Upah Susu




Gambar Paklong Pose Setelah Selesai Bertakbir (Courtesy of Hana's Work)