sampai sampai je abg ipar aku yg dok labuan bawak gi tengok kete (kengkonon nak carik kete baru wakakakakaka) dalam sejam setengah kat situ.. sampaikan biras aku abg man siap terkena jangkitan minat kete baru.. diorang berkenan ngan toyota alphard 2.4(A) memang cantik dan kemas interior dan exterior kete tu...
lepas tu kitorang gi pasar philipine, gang gang wanita nak mencari subinier dari labuan plak.. aku yg baru sampai tadi pon lenjan sekali berjalan.. so far aku takde beli apa apa lagi.... tepat jam 3:30 p.m kitorang semua berkemas dan berangkat ke feri.. sebab kitorang dah plan nak ke brunei naik feri... feri bertolak kol 4:00 p.m entah apasal perjalanan 45 minit ari tu jadi 1jam 35 minit.. ramai gak kaum kaum yg mabuk laut dah muntah muntah hehehe.. seb baik aku takde sindrom mabuk laut/udara...
sampai je brunei.. kitorang berangkat ke hotel.. lepak lepak.. aku terkejut sebab kol 6 petang dah macam 7 malam kat KL.. so lepas dinner kitorang jenjalan.. tak nak buang masa.. first agenda.. bersuka ria di jerudong park.. taman tema ala ala sunway lagoon.. tapi dry park jer... puas la dari kol 9 p.m sampai kol 12 a.m kitorang kat situ.. macam macam game ada tapi tak sempat nak rayau plan nak gi situ lagi...
esoknya khamis.. pepagi lagi lepas sarapan kitorang bergerak.. destinasi pertama kitorang singgah ke muzium sultan hassanal bolkiah.. pergh kagum aku ngan isi kandungan muzium tu.. walaupon tak sebesar muzium negara tapi seronok la aku tengok hadiah hadiah dari orang kenamaan serata bumi kasi kat mamat sultan ni... dan aku berbangga sebab sultan hassanal bolkiah pernah menang penembak terbaik dalam kejohanan kadet tahunan masa dia form 2.. p/s: dia ni budak VI gak cam aku hehehe nak nak budak PKBM infantri :)
lepas dari muzium kitorang berjalan ke salah satu shopping complex kat bandar seri begawan.. rupa dah macam pertama kompleks aku tengok.. sambil jalan sambil cari subinier dari brunei.. kitorang lunch kat situ.. ada ke budak jual nasi kat situ tak percaya aku orang KL.. hampagas betul... settle jer semua.. kitorang gi singgah masjid kubah emas.. apa ke nama masjid tu aku lupa.. panggey kubah emas sebab kumah nyer warna emas.. kot dia buat salut emas pon aku tak tau sebab tak sampai nak tengok hehehe...
malam tu kononnya nak ke jerudong park lagi.. tapi kansel sebab hujan lebat sampai ke pagi... so jumaat pagi kitorang gi lagi jalan jalan cari subinier... sampai la kol 12:30 kitorang ke feri utk balik ke labuan semula... kali ni cepat lak feri ni dah macam speedbot sebab dalam 1jam kitorang dah sampai.. sempat la aku layan citer horror omputih kejap....
jumaat tu takde mende sangat kitorang buat.. just pergi jalan jalan.. aku sempat la gi window shopping pastu gi main boling ngan anak anak sedara aku hahaha....
ok la malas nak citer secara detail lagi.. aku nak letak gambar gambar yg aku rasa menarik utk aku letak :)
The Dad (yang amat kacak bergaya lagi poyo)
The Mom (yang sweet dan manja dan garang)
The Daughter (yang brutal comel tembam dan ganas)
The Son (yang cunning comel serta lasak cam tarzan)
Future Model? :P
Lastly the crowd (hehehe)