Thursday, July 27, 2006

Kematian Itu Datang Selepas Kelahiran.....

a'kum semua.. la ni aku jarang jarang dapat update blog.. kerja banyak.. lagipon segan nak online selalu kat opis ni maklumlah staff baru.

anyway minggu ni jer banyak berita kematian yang mengejutkan aku dapat... memula ari isnin tu ada staff maybank sorang meninggal dunia dalam kemalangan dekat kemasik terengganu.. hajat mereka nak pergi tengok kenduri arwah. tapi apakan daya ajal nya datang mengunjung.. dengar cerita arwah tu hidup lagi selepas kemalangan.. tapi malangnya dia tak dapat di bawa keluar sebelom kereta yang di naiki meletup.. innalillah..

lepas tu dengar pulak berita pasal arwah hani mohsin.. yang ni lagi la semua orang ingat ada orang buat lawak bodoh.. tapi tup tup betul rupanya.. pada usia 43 tahun Allah telah mengambil nyawa hambaNya. menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anak kecilnya yang baru berusia 9 tahun...

teringat aku masa arwah ayah aku pergi dulu.. pagi ari jumaat tu aku ada bermimpi.. yang arwah ayah aku nak pergi jauh.. tak nak balik lagi.. aku sedih.. aku bangun terus menangis.. carik abah aku.. aku cakap aku tak nak gi sekolah.. aku nak duduk tengok abah.. tapi abah suruh gi sekolah gak.. dia kata dia harap aku score upsr tahun tu.. supaya impian dia nak tengok aku masuk RMC tercapai...

sampai kat sekolah aku macam orang takde arah.. waktu rehat pagi tu dalam kol 10 aku call rumah tanya khabar abah.. akak aku kata abah ok baru balik dari klinik. doktor kata demam abah dah kebah.. aku pon tahan sebak.. sebab aku dapat rasa ari tu aku akan kehilangan seseorang yang bernama ayah.. jam 11 dalam bas hampir tiba rumah aku.. air mata aku mengalir sendiri.. aku dah syak abah aku dah takde.. aku lompat keluar dari bas sebelom bas tu berenti.. aku berlari masuk rumah.. YA Allah... aku dah takde abah.. abah aku dah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya.. moga rohnya di cucuri rahmat..

esok 28 julai 2006 genap 17 tahun abah pergi.. rindu aku kat abah dah di ganti oleh ayah mertua aku pada 2003.. tapi apakan daya.. beliau pon telah pergi pulang ke Penciptanya.. aku redha..

nak tak nak aku mesti teruskan hidup aku.. aku ada seorang isteri dan anak yang perlu aku didik dan jaga.. aku masih ada emak aku di kampung yang perlu aku jaga... Ya Allah berikan la kekuatan pada hambaMu ini..

sori la minggu ni minggu yang agak menyedihkan aku...

harap korang hargai la waktu waktu ni dengan emak dan ayah korang...

2 comments:

Izham Miyake said...

hmm.. sebak pulak aku baca entry ko hari ni .. walaupun dah berulang2 kali aku dengar cerita kau ni farok..

sabar la farok.. ada yang lebih di hadapan untuk kau..

ayahana said...

huhu aku pon tak tau apasal emo plak aku ari tu.. tah la memang tetiap tahun dekat ngan tarikh tu aku teringat arwah bapak aku :)