Friday, July 14, 2006

Moga Beliau Pergi Dengan Tenang....

10/07/06

Tepat 9:45 malam aku gerak balik Melaka. Aku dah apply cuti utk esok. Balik bukan balik suka suka.. tapi nak pergi ziarah ayah mertua aku yang terlantar sakit di ICU. Aku sampai dalam kol 11 lebeh sebelom tu aku gi antar cousin wife aku ke rumah dia kat teluk mas.Malam tu tak banyak cerita aku dengar.. aku sampai pon mak mertua aku baru lepas abeh buat kenduri baca yasin.. entahlah aku sabar je la.. rindu aku kat wife aku ngan anak aku..

11/07/06

Pagi tu aku bangun lambat.. letih aku drive semalam tak ilang lagi. apa taknya abeh kerja 5:45 aku terus balik.. terus packing terus cabut balik melaka.. tengahari tu aku bawak mak mertua aku gi hospital.. ayah aku tu ada kat putra specialist hospital (dulu di kenali sbg southern hospital). sampai je kat icu.. aku terus masuk.. ya allah kesiannya ayah aku tu.. aku kata ni bukan sbg anak yg kejam tapi isi hati aku.. kalau macam tu la keadaan dia.. ya allah tolong la ambil nyawanya ari ni jugak.. malam tu ada lagi kenduri.. aku plan nak balik lepas kenduri sebab esok kerja. abg ipar aku cakap ayah aku tu kalau cabut life support dah tak boleh bernafas sendiri. sebab paru paru dia dah totally out. semua nampak sugul jer.. aku gerak balik KL kol 12:15 tgh malam. aku tiba kol 2 pagi pastu settle semua aku masuk tidur dekat kol 3..

12/07/06

aku masuk kerja macam biasa. takde apa yang menarik jadi ari nih.. cuma dapat assignment yang nak kena siapkan dalam minggu ni jugak.

13/07/06

petang tu wife aku tepon. dia kata ayah mertua aku keluar hospital lepas semayang jumaat. kalau apa apa jadi.. aku kena terus balik. hrmm... malam tu aku gi layan futsal ngan member member tempat kerja lama.. puas la hati aku dapat gak bersukan...

No comments: