Friday, December 05, 2008

Unplanned Trip To Brunei (Well we planned for it :P)

Last week aku amik cuti tahun aku yg tertinggal selama 3 hari.. start dari rabu 26/11 sampai 28/11. Aku bercuti tu utk trip kitorang (family) ke labuan dan brunei... So pagi rabu tu dalam kol 4:30 a.m dak wan hantar aku ke LCCT.. aku suh hantar awal sebab nanti aku sempat nak breakfast bagai.. so sampai je kat LCCT baru kol 5 pagi.. tengok kat board belum tiba masa nak check-in.. so aku pon tunggu la sambil sambil layan main fifa street2 (game psp hana aku kidnap hahahahaha).. tepat kol 6:02 a.m aku dah boleh checkin.. amik ko ubat orang dah ramai beratur dulu.. cis cis dan double cis burger... selesai je checkin aku gi beli breakfast kat McD sebab aku nyer boarding kol 7:05 a.m... settle semua aku pon naik flight... tak sampai 5 minit lepas takeoff aku terus tidur.. hahaha ngantuk gilosh.. sedar sedar dah kol 8:30 a.m.. belom sampai lagi adeh.. aku sambung tidor.. boring betul naik flight sorang sorang takde gang nak berborak... aku patutnya sampai ke labuan kol 10:25 a.m tapi di sebabkan kemachoan pilot aku pagi tu aku sampai 20 minit awal... sampai je labuan dah settle semua.... bermula la misi aku di labuan...

sampai sampai je abg ipar aku yg dok labuan bawak gi tengok kete (kengkonon nak carik kete baru wakakakakaka) dalam sejam setengah kat situ.. sampaikan biras aku abg man siap terkena jangkitan minat kete baru.. diorang berkenan ngan toyota alphard 2.4(A) memang cantik dan kemas interior dan exterior kete tu...

lepas tu kitorang gi pasar philipine, gang gang wanita nak mencari subinier dari labuan plak.. aku yg baru sampai tadi pon lenjan sekali berjalan.. so far aku takde beli apa apa lagi.... tepat jam 3:30 p.m kitorang semua berkemas dan berangkat ke feri.. sebab kitorang dah plan nak ke brunei naik feri... feri bertolak kol 4:00 p.m entah apasal perjalanan 45 minit ari tu jadi 1jam 35 minit.. ramai gak kaum kaum yg mabuk laut dah muntah muntah hehehe.. seb baik aku takde sindrom mabuk laut/udara...

sampai je brunei.. kitorang berangkat ke hotel.. lepak lepak.. aku terkejut sebab kol 6 petang dah macam 7 malam kat KL.. so lepas dinner kitorang jenjalan.. tak nak buang masa.. first agenda.. bersuka ria di jerudong park.. taman tema ala ala sunway lagoon.. tapi dry park jer... puas la dari kol 9 p.m sampai kol 12 a.m kitorang kat situ.. macam macam game ada tapi tak sempat nak rayau plan nak gi situ lagi...

esoknya khamis.. pepagi lagi lepas sarapan kitorang bergerak.. destinasi pertama kitorang singgah ke muzium sultan hassanal bolkiah.. pergh kagum aku ngan isi kandungan muzium tu.. walaupon tak sebesar muzium negara tapi seronok la aku tengok hadiah hadiah dari orang kenamaan serata bumi kasi kat mamat sultan ni... dan aku berbangga sebab sultan hassanal bolkiah pernah menang penembak terbaik dalam kejohanan kadet tahunan masa dia form 2.. p/s: dia ni budak VI gak cam aku hehehe nak nak budak PKBM infantri :)

lepas dari muzium kitorang berjalan ke salah satu shopping complex kat bandar seri begawan.. rupa dah macam pertama kompleks aku tengok.. sambil jalan sambil cari subinier dari brunei.. kitorang lunch kat situ.. ada ke budak jual nasi kat situ tak percaya aku orang KL.. hampagas betul... settle jer semua.. kitorang gi singgah masjid kubah emas.. apa ke nama masjid tu aku lupa.. panggey kubah emas sebab kumah nyer warna emas.. kot dia buat salut emas pon aku tak tau sebab tak sampai nak tengok hehehe...

malam tu kononnya nak ke jerudong park lagi.. tapi kansel sebab hujan lebat sampai ke pagi... so jumaat pagi kitorang gi lagi jalan jalan cari subinier... sampai la kol 12:30 kitorang ke feri utk balik ke labuan semula... kali ni cepat lak feri ni dah macam speedbot sebab dalam 1jam kitorang dah sampai.. sempat la aku layan citer horror omputih kejap....

jumaat tu takde mende sangat kitorang buat.. just pergi jalan jalan.. aku sempat la gi window shopping pastu gi main boling ngan anak anak sedara aku hahaha....

ok la malas nak citer secara detail lagi.. aku nak letak gambar gambar yg aku rasa menarik utk aku letak :)




The Dad (yang amat kacak bergaya lagi poyo)






The Mom (yang sweet dan manja dan garang)







The Daughter (yang brutal comel tembam dan ganas)






The Son (yang cunning comel serta lasak cam tarzan)





Future Model? :P




Lastly the crowd (hehehe)

Glamorous Wedding In Alai

Salam semua... well dah lama tak update blog ni rasanya.. this update will tell you the story of my wife's cousin marrying adlin's step sister...

All of this pictures was taken in Alai, my wife beloved hometown. First time aku jumpa artis yg boleh di bawak sembang panjang apa tak nya diorang host utk wedding tu.. ekekeke...

pengantin perempuan tu anak bongsu kepada artis veteran kita Ruminah Sidek aka Mak Mah. sepanjang wedding.. ada la artis artis veteran yg datang.. yg aku perasan and kenal ialah mak kepada hairie othman ala yg jadi oni dalam citer ezora tu... hehehehe..

masa kat klang.. aku tak sempat jumpa emilda.. tapi masa kat alai aku pon tak dapat jumpa (sebab aku kena kerja hehehehe)

ok la seperti biasa aku tak suka berceloteh panjang.. meh aku letak gambar gambar yg aku rasa nak letak :P



Budak tembun tengah makan nasi




The couple




The Actor




The Actress




Aksi posing bersama imelda oleh ibu :D




The Actor and Actress