Sunday, May 21, 2006

Im Officially A Maybank Staff

A'kum semua. lama aku tak update blog aku. ada la dalam seminggu lebeh bukannya apa.. aku baru start kerja kat tempat baru. apa pon takde lagi. tunggu la maybe seminggu dua dari ari ni baru aku dapat semua nyer... let me tell you guys how i started with my new job..

well aku lapor diri ari isnin bersamaan 15/5 tahun ni. hari pertama sampai la ari kedua aku takde buat apa sangat dok baca manual jer sebab takde assignment lagi. tapi masuk ari ketiga aku dah di assign bawah sorang project leader. oc kat sini memang pelik bukannya apa aku yg baru ni memang la rasa pelik. kat sini semuanya sistematik tak macam tempat lama aku. so aku arap aku bleh adapt ngan environment baru ni dalam masa yg singkat....

aku baru tau yang aku di ambil masuk untuk projek baru maybank.. sabar je la aku. cam la aku nbi terer benar? takpe la aku cuba la buat yang terbaik :) anyway lepas ni aku sambung lagi aku post jer la dulu...

Friday, May 05, 2006

Demam demam Malaysia.....

a'kum semua,

wah dah seminggu aku tak menaip.. bukannya apa, ari ni aku baru nak kebah dari demam.. last weekend aku balik melaka. sepupu wife aku kawen. penat gak la buat kerja kawen ni.. aku banyak ngelat hehe jadi tukang buat air.. tu pon letih tak menang tangan. apa apa pon aku seronok la bila tengok orang ramai ramai.. keletah budak budak kecik.

ari isnin baru aku sampai kl. singgah umah abg ipar aku antar lauk.. mak mentua aku kirim. pehtu gi amik kete aku kat opis. aku park situ masa nak balik ari tu. tak banyak benda aku buat ari isnin.

ari selasa tak banyak benda aku buat. aku gi antar undertaking later ke lawyer aku kat sunway. nak settlekan rumah aku cepat cepat.. :) lepas tu apa lagi aku ingat nak mengular tapi tak jadi aku lepak opis jer.. petang tu wife aku cakap ada sepupu dia mintak tolong antar ke KLIA. kiranya diorang tumpang letak kereta kat umah la.. so ari rabu aku ke klia.. :) tapi apa kan daya.. aku demam plak malam tu. tah apa kena tah.. suhu aku cecah 39 darjah celcius.. seb baik bukan budak

ari khamis aku dok kat umah jer tak gi mana. pagi gi klinik. apa nak buat dah tak sihat. aku layan tengok tv jer... :) ari ni aku buat tak tau jer kat opis tak larat. malam ni nak balik melaka lagi hehe. next week mak aku balik dari umrah.. nak gi jemput dia plak :)

Monday, April 24, 2006

Minggu Yang Sibuk!

Ari ni ari Selasa. Weekend baru ni aku takde gi jenjalan mana pon. Ari Sabtu baru ni aku gi tukar timing belt kete orang rumah aku kat balakong. Kedai kawan adik aku kiranya dah jadi kedai kawan aku secara otomatik.. murah la jugak. timing belt, aircond belt + servis semua baru 370 ringgit. aku dok ingat mau cecah 500 sebab aku buat kelisa aku kat SPIN ari tu kena 300++.

Nak di jadikan cerita.. ari tu anak aku si hana tu dok main spec baru bini aku. abeh bengkok.. tak pasal pasal aku kena bebel pagi tu.. padahal aku takde kat rumah.. :) last last lepas aku siap buat kereta.. kitorang gi balik tesco repair spec dia.. :)

ari ahad pagi tu aku ada kerja kat opis. apa lagi alang alang mandi biar basah orang kata. tapi ada ke mandi tak basah? pelik kan..

ni gambar aku ngan wife tercinte aku :)

Wednesday, April 19, 2006

Betapa Pancitnya Aku Sekarang


a'kum,

aduh letihnya aku pagi ni.. sampai nak gi kerja pon lewat.. bukannya apa.. malam tadi kol 11 malam aku gi layan main futsal. si bai yg beria ajak aku. aku pon ok la dah lama tak jumpa member... sekali pergi si omen ada si taiko siap bawak 3 orang askar kecik dia ngan mak askar sekali.. lama betul tak melepak ngan diorang. time nak balik tu si wandie junior aku masa kat mrsm sampai la ke ittm datang. melepak.. ingatkan dia pencen bola sebab apa la... rupanya lutut dah kero... sian nasib badan..

balik malam tu aku tak tau nak buat apa aku layan la CSI:NY. ingat nak tengok champions league nyer semi. game menarik tu Milan vs Barca. rugi rugi, apa nak buat dah penat..

sekarang baru aku sedar betapa pentingnya badan tak naik jadi debab hahaha.. petang ni nak gi jumpa lawyer. sign agreement rumah aku.. nampak gaya dalam bulan 5 or 6 aku dah boleh siapkan rumah aku..

Wednesday, April 12, 2006

Sehari Di Ikea

wah lama tak menulis, semalam cuti.. siang tu aku mendobi baju.. siap semua aleh aleh dah masuk zohor..kemas kemas pastu aku satu famili gi umah abang ipar aku kat kompleks kastam kelana jaya... ingatkan kot dia ada tapi dah keluar main golf kata bini dia... aku lepak la kat umah dia sampai kol 330 petang...

lepas tu aku gi ikea first time la katakan.. sampai sampai kitorang gi la lunch kat A&W. anak aku apa lagi menjerit jerit la nak kan patung yg ada kat depan kaunter.. aduss camne la aku nak amik patung A&W tu... aku suh wife aku bawak dia gi duk nunnn hujung kat depan jauh sket dari kaunter.. lepas tu baru la masuk ikea.. mak aih besarnya warehouse dia.. rambang mata aku.. dari dulu aku memang suka berangan nak pakai barang ikea.. ye la nampak gempak la kalau pasang barang barang dia kat rumah... ni yang tak sabar nak dok umah sendiri.. ala tapi umah aku bukan la banglow rumah teres biasa jer...

tunggu jer la dah settle rumah aku amik gambar aku postkan kat sini hehehe :)

Wednesday, April 05, 2006

Aduh Sakit Kepala Bila Tak Cukup Tidur

ello again... wah ari ni aku buat kerja gila.. malam tadi aku gi kerja sampai kol 430 pagi. tidur dah dekat kol 5 pagi.. sekarang kat opis ngantuk teramat sangat rasa nak tidur jer.. aku rasa kejap lagi aku tidur kot..

ada satu kisah benar.. kisah orang suka tipu orang tapi dia tak sedar yang dia tipu tu orang lagi cerdik dari dia.. ada la satu hamba allah ni pepagi lagi dah bercerita ngan aku pasal ESOS nye. katanya dia dah beli ESOS tu pakai duit sendiri. ada 10 lot plak tu.. haha yg aku nak gelak.. takkan aku bodoh sangat. bank kasik ESOS ikut rank.. setahu aku rank dia dapat 8 lot mana datang lagi 2 tu wallahualam.. lepas tu lunch tadi dia cerita plak yang dia pakai OSK nyer loan utk settlekan ESOS dia.. punya la kuat membohong mamat nih. dari dulu lagi aku dok perati perangai dia.. jgn sesekali la terlepas cakap depan dia.. alamatnya dia pusing cerita ko. last last ko kena dia yang untung... rasanya ari ni aku malas nak bebel pepanjang.. nanti nanti la aku sambung dok harap sangat aku ada masa banyak.. ok la chow dulu muahahhaha

Tuesday, April 04, 2006

Hari Ini Hari Selasa

Ya memang betul ari ni ari Selasa. Semua orang tahu ari ni ari Selasa. Apa yang aku dah buat ari ni? Hrmm.. dari pagi sampai ke tengahari aku sibuk selesaikan hal rumah aku. Gi bayar duit down payment. Gi settle keluarkan duit KWSP.. abeh la aku.. anyway aku baru dapat tau sekarang boleh keluarkan KWSP setahun sekali untuk selesaikan hutang rumah.. macam ni boleh la buat plan... ye la nak saving la sikit utk anak aku.. and maybe bakal adik dia hehehe.. belom ada rezeki.. ada rezeki ada la lagi sorang ekekekeke.... apa yg aku merepek nih...

dari tengahari sampai la ke petang aku tak buat apa apa pon. dok ralit main game melepak... tak sabar aku nak pindah kerja.. boleh la aku belajar benda baru.. sekarang nak belajar takde mood. dah la bos dari dulu asyik nak kenakan aku jer.. lantaklah apa yang lain nak kata.. yang pasti aku dah serah pada takdir.. harap harap yang elok menanti aku...

ni aku nak add gambar anak aku lagi :) ala gambar si hana yang comel tu :P

Monday, April 03, 2006

Hari Hari Yang Penghabisan Aku Di Affin

Salam untuk semua. Ya hari ni aku nak mula menulis pasal kisah aku dengan sukarela. Selama ni Blog aku merepek tak masuk akal. Aku pon tak tahu apasal tiba tiba ari ni aku terlintas nak menulis.

Aku sebenarnya penat tak tau la penat tang mana... Otak aku ker atau badan aku sendiri... Yang pasti aku penat. Macam aku cakap buat masa ni aku tengah mengabihkan sisa sisa hidup aku yang membosankan dekat Affin. Bukannya apa, tak lama lagi aku akan mulakan kerja baru aku di tempat yang baru. Takut ada seram ada seronok ada semuanya la ada. Aku pon tak tau la sejauh mana aku boleh bagi komitmen pada kerja baru aku... Sikit pon aku tak rasa menyesal tinggalkan tempat kerja aku yang sekarang ni. Bayangkan masuk 6 tahun aku tungkus lumus siang malam buat kerja aku. Satu haram pon takde penghargaan dari orang atas. Diam tak diam aku rupanya dah tak di perlukan.. Dari hari ke hari aku cuba tinggalkan tempat ni.. last last dapat gak peluang tu.. Selamat Tinggal Affin. Tunggulah bila aku dah berjaya kat tempat baru. tau la aku nak tunjuk kat orang orang yang banyak mempermainkan aku dalam karier aku kat Affin.

Baru aku ingat ari ni aku letih bukannya apa.. semalam aku baru balik dari melaka.. saje je balik kampung mentua aku.. dah lama sangat orang tua tu tak tengok cucunya aka ANAK AKU YG NAKAL! Tengahari tadi waktu lunch aku gi bank settlekan something untuk rumah yang bakal aku miliki.. tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri.. biarlah aku berhutang sana sini dulu.. Yang pasti Hana.. ayah dah dapatkan tempat tinggal untuk Hana ngan ibu...

Aku pon tak tau la.. rasanya sekarang ni aku kurang bersosial macam dulu.. apa taknya.. aku keluar memalam dok terpikir anak bini kat rumah.. sian plak kat diorang.. anak aku tu asal dengar bunyi kereta dah gi ke pintu nak nengok ayah dia dah sampai ke belom.... sian dia...

ni hah gambar buah hati aku yg teramatlah nakalnya sekarang nih...